Ku jua tak boleh hidup tanpa dia... layannn

Under OnE ruf!

Daisypath Anniversary Years PicDaisypath Anniversary Years Ticker

Saturday, June 20, 2009

Request nama baby

Aku chatting dengan Cik gu Herry semalam... korang baca eh YM aku dengan dia...

mohd hairi baharim: Akak, tahniah! boleh suggest nama ni untuk baby
suki_cida007: Oh thanks, apa dia? mana tahu boleh consider
mohd hairi baharim: din = doktor
mohd hairi baharim: hairi = cikgu
mohd hairi baharim: rizal = player n cikgu plus boye
mohd hairi baharim: reza = jurutera
mohd hairi baharim: izzat = arkitek
mohd hairi baharim: tado = loser
mohd hairi baharim: nizam =akauntan
mohd hairi baharim: tp aku rasa hairi junior nama yg paling best
mohd hairi baharim: wahahahaahaha
suki_cida007: comfirm rizal buang seh. Player tu tak tahan, buat2 je anak org dtg claim aku ada cucu...sangat bahaya...ahak!
mohd hairi baharim: ada lg! firdaus @ bulat =penunggang professional aka mat rempit

Ok korang mesti tak tahu apa yang di bualkan... semua nama yang herry sebut semua nama sepupu aku... bukan makna di sebalik nama... tapi di sebalik career... hampeh ko herry! Kalau tado dengar, dia bunuh ko dulu...ko kata dia loser... yer la mentang2 dia tak berjaya macam korang semua...

Semua nama tak leh pakai... ahak! reject!


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Lain org lain kot

Apa yang aku rasa ketika mengandung ni... ermmmm seyes aku rasa biasa... kecuali lapar... maklumlah aku jarang lapar... tapi kali ni kalau lapar, Ya Allah, berkeroncong mcm sesuatu... sampai nak tido pun susah... selalu aku lapar time tengah malam... kul 12 tengah malam keatas... kan time tu tengah sedap tido? Than lapar seawal pagi... haisemen! Time jam belum bunyi... tunggu la lepas kul 630 bole? aku bangun pun...suami bukan sedar... sedap dia tido tak sedar aku bangun pun...





Tapi itu sebelum aku tahu aku pregnant... tapi dah tahu semalam dlm kul 10 pagi dah mule lapar...samapi mengigil2, bole? amboiii bisa naik badanku ni... tapi tak pa...baby punya hal, tak kisah la janji baby sihat,kan?




Baca blog puan Chempaka... wahhh dia betul kena alahan org mengandung, bau suami pun dia tak leh bau... makan pun dah tak lalu... ermmm terbalik sudah dengan aku... aku tak ada la pulak macam tu... lagi nak bau badan Zamani... hahah giler tak? than dok rindu over-over... sbb aku tahu dia bz kat opis, kalau aku call dia takjawab...than aku email banyak kali... hahahah.... apakah???? erm tak ada jawapan... Pidah kata aku songsang... waktu dia mengandung pun sama, tak leh bau badan suami dia walaupun suami dah mandi... aku lak terbalik... lagi la Zamani lepas mandi, lagi aku suke nak dekat... heheheheh... ke simptom terlalu awal?


Semalam dah mula start mual... tapi nak muntah tak lagi... tak lagi wek wek... maintain lagi... tapi banyak sangat mengidam... yang pelik nak ayam goreng tak sudah! Haiz... terkenan habis Zamani ni... Pidah kata "Tah tah anak ko upin ipin tak???" ...



Choiiii angah mulut mu bau longkang!

Semalam ambik Zamani kerja je terus minta ke KFC... ahak! Kijam...baru la ku tahu macammana mengidam... dulu time Fidah, aku siap gelakkan, cakap mengada la apa la... kena muke ko! padan muke... ni kalau mengidam nak belian ke... emas ke, kan bagus... wahhhh pengsan sudah suami ku baca...

Di sebabkan aku tak sedap badan, jalan sikit macam berlari, penat giler... so aku bagitahu Zamani nak makan kat umah je... than singgah sekejap beli susu ibu! Bukan susu tuk ibu aku... tuk ibu mengandung la maksud aku... Heheheh... dah selalu pagi malam dok komplain lapar je...

oh can anyone bagi tahu aku betul ke susu ibu tu boleh minum hanya sehari sekali? Pidah kata susu ibu kena minum sehari sekali sahaja... yer ke? tak tulis pun kat situ... anyone yang dah jadi ibu know about that?

Suami yang prihatin, penat aku tunggu. Zamani baca segala kandungan khasiat kat label tin... lepas satu, satu tin dia terjah... ermmm ikut aku sama je... tapi sayang gue nak minum susu coklat... bosan la vanilla... tak sedap...

Hanya Anmum Meterna sahaja yang ada perisa coklat... tapi pidah kata tak elok... sbb kandungan DHA kureng... apa itu DHA pun aku tak tahu... oooo kena belajar ni... ermmm.

Satu lagi aku cepat tersentuh... adeh kira baby sensitip la ni... cerita tak sedih mana,aku dah terharu... macam tadi MIL call, ucap tahniah, siap offer kalau nak apa-apa, teringin nak makan apa pun just bagi tahu dia, dia boleh buatkan... mengadakan aku... hingus dah mula nak memeleh... terharu sudah... haizzz perangai sebijik abak dia... kan Zamani... hang gitukan? cepat terharu... kah kah kah... larikksssssss.......bukan apa aku rindu ibu... tak leh dtg Putrajaya sbb Didi dengan ayah sekarang di serang demam denggi... so aku di halang tuk kesana


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Friday, June 19, 2009

Ceritanya gini.....

Terima kasih atas semua ucapan tahniah kalian semua... hehehe... berbunga hati ni walaupun baru... MIL nasihatkan aku tuk tidak terlalu gembira dan tidak terlalu berhati2 ini itu tak leh... boleh effect kandungan... but perasaan ni tak leh nak selindung... korg doakan semoga baby ni membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah ok...

Wah nak nangis... sensitip je aku ni... mungkin last two week aku jadi sensitip sbb ni la kot... ermm anak perempuan ke lelaki kalau mak emo tak sudah ni? Heheheh... perempuan ke lelaki, tetap anak akukan? Siapa lak aku nak tentu jantinanya bila Allah dah anugerahkan anak? Ko nak aku bagi... jangan tamak nak anak perempuan ke lelaki...


Erm ari Selasa aku buat pregnency test... mmg you all amat la payah aku nak buat... berbelah bagi...aku takut pregnency test tu salah... mengandung tapi gi klinik negetive lakkan?

Tapi Zamani tetap menyokong... walaupun dia agak pening dengan perangai aku yang tak leh nak terima hakikat... kena pelok berkali2... dia lepas je pelokan aku dah down balik... haizzzz... mengadakan? so nekad lepas tu, aku buat... memula mandi... than baru test...


Bila buat test urine tu... berdebar hati aku... Tuhan je tahu... bila nampak kertas puteh bertukar pink, naik terus naik... jeng jeng jeng... aku nampak satu line je dulu... pujuk hati...kalau tak jadi, jangan sedih... sekali satu line kuar... ahhhh sungguh tak duga...

Line menegak tu yang jelas... baru yang garis melintang nampak...

Oh aku beli prengnency test clearblue... sanggup ko! beli mahal ko sbb aku takut tak accurate... kuar bilik mandi tersengih... Zamani tanya macammana? Tak leh nak terkata...

"Positive?" Aku senyum lagi... hehehehe...

Suke punya suke than bila teringat kes pidah lately dia buat test, positive...tapi gi klinik negative... alamak! Malam Rabu tu kebetulan MIL and FIL aku pergi jusco bukit tinggi, so kitaorg jumpa diorg kat sana...kat sana je zamani dah break the news... and happy semua happy la kan...

So semalam otak aku dah dok risau... eshhh apakah anak aku ni jadi macam aku ke, cepat risau than sensitip ikut abak dia la... ahak! Kan Zamani... awak suke sangat merajuk dan terasakan? kih kih kih...so aku bagi tahu Zamani aku nak gi klinik lepas balik kerja... but Zamani nak temankan... so semalam kitaorg gi klinik...

Adehhh tention! Zamani over excited... mulut dia tak reti diam... semalam mmg aku tak leh nak senyum walaupun dia cube nak buat aku happy... sori baby... me mmg risau kalau pregnency test tu tak accurate, but dia tak faham...dok kacau jugak akukan?


Berisi sudah badan akukan? Tak apa... berisi sbb ada isi, jangan isi lemak... tu yang aku naik hantu kang....

menunggu dengan kesabaran

Ni kerja Zamani... sampai panjat sofa... adeh laki siapa ni? Aku risau kalau aku tak mengandung, dia mesti frust... tu yang aku tak leh sebenarnya...10 kali aku suruh dia behave...

Wajah gembira bakal seorg ayah...wink wink


Zamani ambik satu2... aku naik geram pun adakan... bukan apa, aku tak nak dia excited lebih2... nanti effect kat aku... apa pun tunggu la keputusan doktor dulu... sampai aku besarkan mata...

"B duduk!!! Macam budak2"
Ha...baru aku rasa tak rimas... sori sayang eh... pembawak budakla katakan... kih kih kih sila tahu politik wanita mengandung dah bermula! ha ha ha

So kali ni biarla aku masuk... sbb Zamani tengah ghairah nak ambik gamba... ada gak doktor tu marah... lagi pun just nak tahu preg ke tak... nanti medical cheak up biasa, harus ko masuk...
Rupanya kat luar dia tak senang duduk dan terus posing ambik gamba sendiri... penuh je gambar dlm fon aku nikan? Heheh tak pa B... i like!



Baru nak tahu result mengandung ke tak... kalau aku bersalin kang? oooo sila ambik aksi zamani eh... wakakak... ni amanah ni, bagi siapa yang ada kat tempat kejadian... uhu! So kuar dia tengok aku... aku senyum...wahhh suke! dan dan tu jugak dia call abak dengan mak, aku lak call ibu... mungkin 20 feb tahun depan... wahhh bertambahlah ahli keluarga yang sambut bulan 2 ek...
16 feb - kent
18 feb - Ibu
20 feb - Atuk and new born baby (insya Allah)
23 Feb - Ayah and pak cu
24 feb - Rayyan

Ni buat kek besar2 sekali sambut... hahaha... lepas dah confirm tu terus ajak zamani makan kat andalas koner... seyes weiiii! aku mengidam nasik lemak kat sana... hahahah baru berani bukak cerita... dr hari Isnin lagi... terbayang2 nasik lemak tu. Memula aku tertanya jugak, asal lain macam ni? Macam nak sangat2... tapi aku diam... ni semua nak gemuk la ni! Itu je la...

Isnin nak suggest kat Zamani, kan Mak sedara dia dtg, so makan dengan mak dengan abak... so tak pa esok ada... selasa nak gi jugak than zamani nak tengok WWE so nak gi kedai mamak... aku pun lupakan hasrat... Rabu nak makan jugak, lepas buat test tu dah confirm la tu teringin la tu... org kata mengidam... wah very the melayu anak aku, nak nasik lemak... syabas bete! Tak jadi sbb mak abak call ajak join makan malam kat jusco bukit tinggi... dah dekat dengan umah... so takkan tak mo gi... lepas je balik klinik... ahhh dapat... syurgaaa.... tapi dah rasa, erm biasa2 je...

Tu la org kata politik org mengandung sudah bermula.... kui kui kui...

And zamani cant stop smiling dahhhh... sbb hapy to be father... so dah boleh wish Happy Father's Day la ni? hehehehe....



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

2009 -Segalanya Express

I just love 2009.... Alhamdulillah semua dah terjawab... memula nak rahsiakan but, Zamani tidak dpt menahan diri sbb dia dah buat entry malam tadi... last two week ku rasa sangat tertekan... dan sekarang dah tahu jawapan aku dah boleh tersenyum...

Macam mimpi... semua berlaku dlm tahun ni... tahun ni tunang... tahun ni nikah, tahun ni sanding, tahun ni juga dapat tahu yang im pregnant...

Yes... positive... baby dah 4 week 4 days... padan la aku semput semacam bila berjalan... hehehe... ok sanding will be bertiga... aku tak kisah korang nak kata apa... ni rezeki aku dan suami... and precious gift from Allah... insya Allah... so time sanding kalau tengok aku tak vogue tu, tak pa la... kalau kata gamba kawin aku tak cantik ke, aku tak cantik atas pelamin ke, aku tak kisah... as long aku dan Zamani gembira...

Thanks to all of you yang tak putus2 bagi nasihat, dan semangat... we will see sama ada cida's junior ke atau zamani's junior... tapi tak kisah... lelaki ke perempuan ke aden tak kisah da... now aku dah tak pikir nak diet... kesihatan baby the most important... so Encik Zamani bersiap sedia tuk tabung baby dan jugak mak dia... sbb lepas deliver sila hantar aku ke slim world... ahak!


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Thursday, June 18, 2009

Doa seorg suami

"Semalam i gi surau time lunch... i doa supaya Allah kabulkan apa yang you minta supaya you tak sedih lagi...."

Tersentuh tak? Time tu aku senyum gumbira... bersalah sbb buat dia risau selama ni... darling i love you... always... *sob sob*

Kalau korang rasa tak touching... itu korang punya pasal... bagi aku tangkap lentok oooo ayat tu... bikin wa cair... ahak! jangan mara aaaaa....


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Apakah?!

  • Aku keletihan... jalan sikit tak sampai 500 meter aku dah rasa penat... nak bernapas pun susah
  • Aku mengantuk! Dah tido lebih dari cukup tapi aku mengantuk sangat... sampai driving pun aku takut sekarang sbb mata ku letih
  • Tapi aku tak ada mual... mabuk pun tak ada...
  • Perut sentiasa lapar

Apakah? Itu tanda2nya.... ermmmm tak dpt kepastian... tak berani nak confirm... will see nanti

The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Tak ada mud tuk meng update... sbbnya???? Perlukah sbb? sajer je tak mo update... kang ada story aku update... buat masa ni nan ado....



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Wednesday, June 17, 2009

Nak buat ke tak nak????

Erm benda dah ada dlm tangan... cume takut nak buat...dari tadi aku dok baca instruction tapi tak berani nak buat.... Zamani siap cakap, kalau tak berani nak buat jangan buat... aku bukan apa, sekali test positive kang gi klinik to double confirm tak ada lak... kecewa pulakkan?

But Zamani cakap....

"Ayang... kita kena percaya qada dan qadar...have more faith. Kalau gi cek klinik tak ada...means tak ada rezeki... ada ke tak ada ke, i tetap sayang u...sama je... "

Ermmmm... ok nak gi sekarang... wish me luck!!!!


The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

BENGANG!!!!

Aku jadi tention sbb soalan2 org yang dok tanya aku dah buat test ke belum... aku dah gi klinik ke lum... plzzzz ppl... aku sangat tertekan sekarang... dengan soalan2 yang sibuk suruh aku test setiap 10 MINIT! make me sick!!!! ingat tak ada kerja ke? Aku tahu la... sehari nak kena ulang berapa kali?????????

Pastu tu tak kisah la... aku bosan org tegur kata badan aku naik... aku makan pakai duit ko ke?!!! Halamak!!!!! yang aku bengang ada org giler jerit kat aku...

"Wei akak u jangan gemuk2 eh... u gemuk nanti tak muat gaun..."

WTF... ko susah ke??????? Now aku nak nangis! bencik!



The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-

Tolong!

Refer to che ta' s blog... Aliya yang garang bt abak yang garang...

Tetiba je aku nak buat entry ni...alang2 dah nampak gambar dalam PC nikan?? aliya anak buah Zamani... kepala angin si kecik ni... lambat layan dia, marah tak hengat... lain dr kakak dia yang sangat lembut... ko tunggu Aliya besar nanti... mak long akan bikin kamu seorg perempuan yang lembut... mmg confirm kena cekik dengan Zamani... kih kih kih... perempuan biasalah... kita dengan dunia kita yang very the lady, make up, accessories,kasut, rambut... tak akan lari... kecuali KC (Pengkid kat sekolah aku dulu, sampai lah ni tak insap) heheh...

Aku suka kanak2 perempuan sbb aku senang nak faham diorg... tunjuk je make up diaorg akan teruja... mcm tu la si Aisyah... Zamani kata aku manjakan dia... well dia perempuan la... takkan nak ajar anak perempuan berlawan, bertumbuk, main ultraman? Tu naufal nazmi bole la di galakkan...

As for aliya dia kecik lagi... lagipun dia ada kakak... wahhh tak sabarkan nak dirg besar che ta... mummy ada kawan tuk bergosip...dan abak terloponglah bila itu berlaku...macam ayah aku la... kalau aku, pidah dan didi dah berkumpul dengan ibu, dia mmg mati kutu la... nak join pun tak faham cerita org perempuan ni...tapi tak jugak eh... Zamani dengan adik2 dia rasanya rapat dengan mak dia jugak kot... oh not sure, but Zamani mmg rapat dengan mak... i dont know yang lain macammana...



Dah tersasar lak aku... time main bowling... semua sibuk pakai kasut dan pilih bola... Zamani dengan kejamnya campak hanset dia bagi Aliya main... tapi budak ni maintain jerit... aku pun gelabah!

Memula dia ehek ehek je... lelama dia jerit tak hengat... aku lak bz dengan aisyah sbb dia nak duduk... so kasi dia duduk dulu... bila ku toleh ini berlaku...


Anyone help me plsssss.... mak long bertindak kejam...sempat ambik gambar sebelum betulkan... ampunnn che ta

The Half Blood Princess
-With me,You'll Never Walk Alone-